Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Thursday, March 31, 2011

New Header

Mal tengah cuba2 create 
new design for Kraf Malinja's header.
Dengan ilmu Photoshop yang seciput ni,
hopefully dapatlah hasilkan design yang simple but nice.
Masih sedang berfikir..

Monday, March 28, 2011

Photo Contest

Assalamualaikum semua~ (^_^)

Mal ada join photo contest anjuran
SUS n d FELT PRODUCT.
Sila klik di bawah dan tekan LIKE ye kawan2.. :D


Mal hantar gambar di bawah ni:
Chomel tak? :)
Tarikh tutup contest ni adalah pada 10 April 2011.
Tinggal 10 hari lebih saja lagi untuk vote.
Cepat2, sila vote pada gambar Mal ni. (^_^)
Kepada yang dah vote tu, TERIMA KASIH banyak2!

Simple Flower Brooch


Flower brooch yang Mal belajar daripada:
Hujung tahun lepas lagi dah beli kit tu.
Cuma baru hari ni nak cuba buat brooch ni.

Walid Loves Mama

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama..
Alhamdulillah laptop Mal dah kembali normal.
Maka ada la balik photoshop & watermark nya..
Huhuuu.. Syukur semuanya ada back up.
Tapi.. Terbang RM40 pi hantar format.


Di atas ni, Mal buat untuk letak kat fridge di rumah.
Mula2 tu nak buat keychain,
tapi saiz dia agak besar so Mal pun ubah fikiran.
Nak letak kat dapur lah! :)

Tuesday, March 22, 2011

Thinking of.. Giveaway~

Assalamualaikum..

2 3 hari ni Mal terfikir nak buat GIVEAWAY.
Due date Mal dah dekat.. Birthday Mal pun dah dekat..
Macam molek benar je nak buat GA kan?
Tapi.. Sabaq sat no..
Bagi Mal pikiaq lagi.
Should I?

Ordered by: Jannah KL


Order daripada Adik Jannah.
Peminat bentuk STAR dan warna HIJAU.
Semuanya keychain kecuali
ada satu STAR yang besar untuk digantung kat kereta.
Terima kasih kerana menjadi customer terawal.

Monday, March 21, 2011

Love Design

Salah satu koleksi design LOVE
yang terdapat di Kraf Malinja.
 Untuk tempahan, boleh terus hubungi Mal di
kraf.malinja@gmail.com

Saturday, March 19, 2011

For My Dearest Hubby

A SMILEY keychain
 & a NAME TAG keychain.
Mal buatkan untuk hubby tercinta.
SMILEY tu Abang sangkut di beg laptop kerja.
NAME TAG keychain tu pulak sangkut kat kunci kereta.
Abang siap bayar untuk kedua2 keychain ni ok.
Huhuu.. Rasa bersalaaaah jee..
Tapi Abang cakap don't worry,
anggap duit tu sebagai moral support untuk MAL
dalam felt-crafting business ni.
Terharu AMAT!
Jazakallahu khoiron kathiro ya habibi~

Mr. Froggie


Assalamualaikum
Character terbaru di Kraf Malinja.
FROG!!!
Boleh dibuat keychain mahupun digantung di hp.
 Terpulang pada anda :)

Monday, March 14, 2011

1st Trial: Pendrive Case

Semalam masa tengah jahit keychain yang banyak2 tu,
tiba2 terasa nak cuba jahit PENDRIVE CASE.
Dah lama dah nak buat tapi asyik KIV.
Sebab tak berapa yakin boleh jahit. Huhu..
But Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak jahit! Hee..


Mal pilih my fav colour which are PURPLE & PINK.
Ada seekor PINKY ladybird button kat depan.
Then I put my name behind the case.
I'm loving it. Comel!


So lepas ni Mal boleh ambil order untuk PENDRIVE CASE.
Harga bermula daripada RM4.00
bergantung kepada saiz dan item hiasan yang digunakan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Mal di
kraf.malinja@gmail.com

Sunday, March 13, 2011

Fancy Flower Button Brooch

Assalamualaikum.
Selamat pagi dan selamat memulakan tugas di minggu baru.
Ceriakan hati & minda, betulkan niat kerana Allah,
insyaAllah segalanya akan berjalan lancar.
Chomel tak flower brooch tu semua? 
Mal buat tengahari semalam.
Mal terfikir nak buat brooch ni sebab tengok ada banyak
sangat buttons dalam box dan tak terusik.


Maka Alhamdulillah ini lah hasilnya~
Harganya CUMA RM4.00 untuk 2 pcs.
(Terhad untuk promosi sahaja)

-SOLD OUT-

Berminat? Boleh terus order dengan Mal di
kraf.malinja@gmail.com

Saturday, March 12, 2011

Jualan MURAH!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, terima kasih kepada kawan2 yang membeli
felt craft daripada Kraf Malinja. Kat bawah ni Mal update
baki ready-made stock yang ada.

Mal jual dengan harga yang SANGAT2 MURAH!
Harga promosi kesemuanya sempena permulaan
Mal "terjun" ke dunia felt crafting ni.

So segeralah dapatkan 
keychains & hp straps yang chomel2 ni.
Boleh juga dijadikan hadiah istimewa untuk insan tersayang.

 
3 LAYERS LOVE
RM2.90 each
1-5: SOLD!

 LOLLIPOP
RM4.50 each
1- 4: SOLD

 FLOWER & LADYBIRD
RM2.90 each
1- 4: SOLD!
 
LOVE & OWL
RM2.90 each
1- 4: SOLD!

CUPCAKE
RM4.50 each
1- 3: SOLD

SMILEY
RM2.90 each
1- 6: SOLD!
 

Friday, March 4, 2011

Cupcakes & Lollipop

***All: SOLD!***

Mari2 beli CUPCAKE dan LOLLIPOP.
Manis2 belaka nih!

Ready-made CUPCAKE dan LOLLIPOP ni pun Mal jual murah2.
Harga untuk promosi jua.
Hanya RM4.50 setiap satu.


Ada 3 ni sahaja untuk harga promosi.
Siapa cepat, dia dapat.



LOLLIPOP pun tak banyak.
Ada 6 warna ni sahaja dijual dengan harga promosi.

***All: SOLD!***

Thursday, March 3, 2011

Smiley

***All: SOLD!***

Sekarang ni Mal sedang buat promotion di FB.
Sempena jualan pembukaan Kraf Malinja.
Kesemua ready-made SMILEY ni Mal jual dengan harga 
RM2.90 sahaja setiap satu.

Kat beranda rumah Mal. Hihi..

Close up~

 Terhad. Siapa cepat, dia dapat.
Lepas ni Mal jual dengan harga biasa.


Masa tengah lukis2, gunting2, susun2 felt untuk design ni kan,
Mal rasa saaaaangat happy dan ceria~
Emm.. Memang suka lah buat SMILEY nih.

***All: SOLD!***

Polyfelt Baru Tiba

Alhamdulillah Mal baruuu je dapat stok polyfelt.
Warna cantik2. Teruja ok!
Rasa makin bersemangat nak menjahit.


Terima kasih banyak2 kepada Kak Akma,
pemilik MsCraft Shoppe yang datang hantar by hand.
Satu DUN dengan Mal rupanya.
So after this mudah la nak order felt lagi dengan Kak Akma.

Mal tak order stok banyak2 sebab Mal masih beginner.
Duit modal pun belum habis pusing lagi ni.
InsyaAllah lepas baby lahir dan diberi kelapangan olehNya,
Mal akan pelbagaikan produk Kraf Malinja.

InsyaAllah nanti Mal upload warna stok yang ada.
Mal akan buka tempahan selepas habis berpantang. Nak bagi perhatian eksklusif untuk baby 2 bulan pertama.

Wednesday, March 2, 2011

Kotak Peralatan


Wah kemasnyaaaaa!!!

Oh silalah jangan terpedaya.
Bila cuti menjahit, memang la semua kemas masuk dalam box.
Tapi bila tengah syok melukis, menggunting, menjahit bagai..
Sarang arnab pun kalah kot.

Kain2 perca felt, benang2, kertas2, kotak2.. 
Penuh ruang tamu! Semak ya ampuuun.

Tool box tu baru je beli.
Hubby hadiahkan sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi.
So Mal nak letak jugak2 gambar tu dalam blog ni. Tak kira!
It boosts up my motivation. 

Thank you sooo much.
I love you, Honey~

Hee.. Sorry. Iklan jiwang. 

Jom Shopping! :)