Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Wednesday, May 25, 2011

My Little Prince :)



Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah.. :) Putera sulung kami selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.58 kg di Hospital Serdang pada jam 5.44pm 4 Mei 2011. Mal dan baby sihat alhamdulillah. Terima kasih atas doa sahabat2 dan rakan2.

*Mal mintak maaf banyak2 sebab dah lama tak update blog Kraf Malinja ni sekaligus membuatkan para peserta GA tertanya2 apakah status penyertaan masing2. Jangan risau2 ok :) InsyaAllah Mal akan update senarai nama peserta GA tu nanti. Mohon faham keadaan ibu yang sedang berpantang ni :) Terima kasih~

Saturday, May 7, 2011

Kraf Malinja Giveaway

*****STICKY ENTRY*****
Sila scroll ke bawah untuk melihat entri terbaru :)

Assalamualaikum.
A VERY GOOD NEWS to all~ 
Jom sertai:
Kraf Malinja Giveaway

1st GA di Kraf Malinja ni Mal buat sempena birthday Mal InsyaAllah pada hujung April ni. Juga sempena baby Mal yang bakal lahir insyaAllah few weeks lagi. Doa2kan moga Allah permudahkan Mal selamat melahirkan baby ni ya.. :) GA ni juga adalah sempena pembukaan blog Kraf Malinja. Mal ni masih amat baru dalam dunia felt craft. Mohon tunjuk ajar lah ya daripada sifu2 felt crafting sekalian~

Ok macam mana nak sertai GA ni?

Syarat2nya mudah AMAT! :)
1) Seorang blogger, warganegara Malaysia, beralamat di Malaysia.
2) Buat satu entri khas tentang GA ni bertajuk "Kraf Malinja Giveaway". Tajuk lain tak aci. Gambar banner GA kena letak dalam entri.
3) Berikan 2 cadangan untuk meningkatkan business Kraf Malinja. WAJIB ni ya. Nak bagi cadangan banyak2 laaagi Mal suka. :)
4) Tag 2 orang rakan blogger untuk sertai GA ini & pastikan dia maklum. Lebih ramai lebih baik.
5) Tinggalkan nama, email & url penyertaan di sini. Senang Mal nak trace back & contact pemenang nanti.

Wajib jadi follower Kraf Malinja tak?
Wajib add url Kraf Malinja dalam blog list tak?
Wajib letak banner Kraf Malinja GA kat sidebar tak?
Tak diwajibkan pun. Cuma AMAT2lah dialu2kan jika nak berbuat sedemikian. Jazakallahu khoiron kathiro in advance! :)

Hadiah2nya????? :) InsyaAllah Mal sediakan 3 set hadiah.
A) 1 set fridge magnet; ada 3 item.
B) 1 handphone case + 1 hp charm
C) 1 pendrive case + 1 brooch

*Setiap set hadiah, akan disertakan hadiah tambahan: 
1 keychain pilihan Mal + 1 keychain nama yang bertulis nama pemenang.

Pemenang akan dipilih oleh Mal & Hubby, insyaAllah berdasarkan entri yang paling menarik serta cadangan yang kami rasakan paling bernas dan realistik.



Tarikh tutup GA ni adalah pada 7 Mei 2011.
Jom ramai2 sertai Kraf Malinja Giveaway!
Sekian, terima kasih~
-Mal-

Jom Shopping! :)