Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Saturday, July 30, 2011

Tempahan Lia

Assalamualaikum.

Tempahan dari Lia. Baruuu je jap tadi bagi ke Lia. :D
Lia datang ambil di rumah Mal.

Lia bagi pilihan, sama ada Mal buat gambar Pooh atau Hello Kitty.
Mal pilih kucing chomel ni :)

 First attempt.

Ok jugak kan? Walaupun tak 100% rupa Hello Kitty sebenar.


Ada 2 layers ya.

Tulisan di belakang casing.

Keychain nama ni untuk diapers bag. :)

 Dan Lia juga ordered seekor baby penguin.
Mal rasa Lia ni pinky lover kot.. Macam Mal :p

Seriously Mal suka tengok gambar ni.
Of course sebab ada warna pink! :D

Ramadhan Kareem everyone! (^_^)

Thursday, July 28, 2011

Tempahan Ogos 2011 Dibuka~

Assalamualaikum. 
Orait, Mal buka kembali tempahan.
Untuk bulan Ogos pulak :)

Sesiapa yang nak buat bulk order, kena order awal2 tau.
Mal jaga tiap kualiti kraf yang Mal jahit.
Tak mau buat kelam kabut.

Bulan Ramadhan kian hampir.
Apakah persediaan kita?



Menjahit tu, jahit jugak.
Solat fardhu mesti on-time.
Jangan lupa solat tarawih dan banyakkan membaca Al-Quran.
Bukan harta di dunia saja yang kita nak kumpul.
Harta di akhirat (yakni amalan kita) juga wajib kita kumpul.

Monday, July 18, 2011

Tempahan Julai 2011 Ditutup

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ramai yang buat tempahan untuk bulan ni.
Mal terpaksa harus tutup tempahan untuk sementara waktu
untuk Mal jahit tempahan2 yang sedia ada ni.

Sesiapa yang nak order jugak, boleh... Bukan tak boleh.
Tapi kena masuk waiting list untuk Ogos 2011 pulak ya.
So email yang masuk selepas jam 12 ni,
Mal akan masukkan ke senarai tempahan Ogos ok.

Harap maklum. Terima kasih! :)

Sunday, July 17, 2011

Hadiah Pemenang2 GA :)

Assalamualaikum. Happy Monday! :)

Alhamdulillah dah siap pun hadiah2 untuk pemenang GA.
InsyaAllah akan dipos minggu ni. :)





 Em em em emmmm...
Mal ada dapat banyak permintaan untuk buat ID card holder.
Awal2 tu memang Mal tolak. Sorry tau~
Tapi bila fikir2 balik, why not Mal tambahkan lagi item baru kan. :)
Give me 1 week.
Mal nak buat ID card holder versi Kraf Malinja.
InsyaAllah!

Tak mau buat sejibik macam Kak Ja dari jajakraf.com 
walaupun Kak Ja buat saaaaangat cantik & comel! Itu identiti Kak Ja. 
So mintak maaf ya kalau ada sesiapa yang
 mintak Mal buat macam tu tapi Mal tak nak. Harap faham~

Nanti Mal fikir2 macam mana nak buat ok :)
Nak buat lain sikit..

Friday, July 15, 2011

Keychain Nama Pemenang GA

Assalamualaikum :) 

Seperti yang sudah maklum, pemenang GA telah pun diumumkan.
Mal sedang dalam proses nak siapkan hadiah2 diorang.
Ada sikiiiiit lagi nak kena siapkan then boleh pos.
Sabar ehhh.. (^_^)

Jom tengok dulu keychain nama diorang yang Mal dah siapkan.







Hadiah2 lain nanti Mal upload gambarnya.
Nak siapkan handphone case Kak Nida :)

Thursday, July 14, 2011

Tempahan Min

 Assalamualaikum dan salam ceria :)

Tempahan jauh dari negeri Che' Siti Wan Kembang~

Min order handphone case, nak gambar cupcakes macam ni.

Sebelum ni Mal dah pernah buat cupcakes.
Tapi ni ubah la sikit warnanya.

Buat topping perisa orange pulak :)

Min jugak order hp charm gambarcupcakes.
 
Mal pilih warna yang sama.
Cuma hiasan atas topping tu berbeza.


 Terima kasih Min :)

Wednesday, July 13, 2011

Tempahan Farah

 Assalamualaikum.. :)
Bertemu kembali.

Jom tengok gambar2 di bawah ni.

Farah tempah 2 handphone cases.

  
 Farah nak gambar penguin.
So Mal jahitkan penguin tahap remaja ni. Dah ada sayap.
Sebelum ni Mal buat baby penguin je. Hihi..

 


 Kat belakang case ni Farah nak letak nama.
Mal jahit semua huruf tu.

 Selain handphone cases, Farah tempah pendrive cases ni jugak.
Mal letak ladybird button atas daun.

 Di belakangnya pun ada nama.

 
Terima kasih Farah~
Hopefully awak suka & boleh la tempah lagi ye. :)

Thursday, July 7, 2011

Pemenang Kraf Malinja GA

Assalamualaikum. (^_^)

Berikut adalah senarai pemenang Kraf Malinja GA:

(1) Nida

Hadiah:
1 handphone case
1 hp charm
1 keychain smiley
1 keychain nama yang bertulis nama pemenang.

(2) tiefazatie
 
Hadiah:
1 pendrive case
1 brooch
1 keychain smiley
1 keychain nama yang bertulis nama pemenang.

(3) ain syafain

Hadiah:
1 set fridge magnet
1 keychain smiley
1 keychain nama yang bertulis nama pemenang.

 
  • Tahniah kepada ketiga2 pemenang. InsyaAllah later Mal akan hantar email, nak confirmkan few things. Nak jahitkan keychain nama untuk korang bertiga. Suka tak? :) Sila reply tau email tu nanti.
  • Buat peserta2 lain, terima kasih banyak2 kerana sudi sertai GA ni. :) Jangan serik nak join lagi.  Hampa semua memang sangat best. Idea2 yang hampa bagi memang mantop2 belaka. Pening jugak Mal nak pilih. InsyaAllah akan ada lagi GA di lain kali. :)
  • Maaf sangat2 tau sebab lambat bebenor umumkan keputusan 1st GA ni. Banyak benda nak uruskan sejak naik pangkat jadi Mama ni. Hanya Allah yang tahu betapa sibuknya setiap hari yang berlalu. Hee..
  • Jom jadi rakan FB Kraf Malinja. Kadang2 kalau Mal tak sempat update di blog, Mal akan update di FB. Lebih cepat dan mudah :) Sila klik di sini ok.

Terima kasih sekali lagi.
Marilah sama2 kita terus menyokong seni kraf Malaysia!
*Eh tetiba.. :D

Wednesday, July 6, 2011

Esok..

InsyaAllah esok adalah hari menunaikan janji!

Janji apa?
..
..
..
Kawan2 yang dah add FB Kraf Malinja tau la apanya :)

Jom Shopping! :)