Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Thursday, April 28, 2011

Birthday Promotion!

Assalamualaikum :)


Sorry Mal lewat sikit upload gambar FM ni semua.
Kena selesaikan tanggungjawab penting kat rumah ni dulu baru boleh online :)
Di bawah ni, ada 5 set ready-made fridge magnet yang Mal cakap tu.
3 set cupcakes FM dan 2 set fruits FM.


Cupcakes FM:
Harga setiap set = RM10.00 sahaja + 1 free keychain.
Yang bulat, diameter = 5.5 cm
Yang oval, tinggi = 7.5 cm, lebar = 5 cm
c01 = sold to Kak Jah
c02 = booked to Mrs Asieda
c03 = sold to Faizah

************************************************************
Fruits FM:
Harga setiap set = RM20.00 sahaja + 1 free keychain.
Harga tak termasuk potpourri tu ya. Yang tu rumah Mal punya. Huhu...
Panjang dan lebar buah2an ni daripada 4 cm hingga 7.5 cm.
Setiap set terdiri daripada tembikai, kiwi, epal dan limau.
f01 = sold to Kak Mi
f02 = sold to Su

Ada 5 set ni saja :) Siapa cepat, dia dapat! Dapat beli.. :D
Sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu atau guru2 anda.
Kalau nak, sila email Mal secepat mungkin ok :) Nyatakan nombor kod sekali.

Saturday, April 23, 2011

Tempahan Student MICET

Assalamualaikum :) Dah tengok teaser yang sebelum ni?
Ok, ni lah projek yang Mal kerjakan tu. Adik Mal tiba2 tambah order.
Memandangkan Mal rasa Mal boleh lagi sikiiiiiitttt nak jahit2 ni, so Mal terima lah.
Kawan kolej adik Mal yang order ni.

Adik manis ni nak handphone case warna biru dan ada seekor bear.
Mula2 Mal ingat nak buat bahagian kepala saja.
Tapi bila tanya balik, adik manis ni nak full body.
Maka Mal kena buat homework la sikit, google gambar2 teddy bear.
Alhamdulillah Mal rasa yang ni the best yang Mal boleh jahit. :)
Belakangnya kosong ja. Mal buat double layer.

Selain tu, adik manis ni nak 2 pendrive case. Tema merah hitam dan hijau hitam.
Design tak ditetapkan, so Mal buat la 1 flower dan 1 lagi star.
Item lagi satu tu apa? Yang ada tulis AKAK tu? :)
Ni fridge magnet. Mal isi fiber sikit kat dalam tu supaya nampak gebu. Hee..

 Alhamdulillah selesai tempahan terakhir sebelum bersalin. 
Terima kasih adik manis ya.. Next time order lah lagi.
Moga2 awak gembira dengan hasil kraf preggy mom ni (^_^)

****************
Mal harus melupakan hasrat untuk buat apa2 kraf sempena Hari Ibu & Hari Guru.. 

Thursday, April 21, 2011

Teaser: 22 April 2011


Aii.. Kata dah BETUL2 cuti menjahit.. Ni apa pulak ni..?
Heeee... :p

Tuesday, April 19, 2011

Keychain Nama

Assalamualaikum :)

Ini tempahan terakhir yang Mal ambil sebelum betul2 bercuti menjahit.
Adik sendiri yang nak, kira ok je laaa..

Adik Mal mintak warna lain tapi Mal pi buat warna lain :p
Baguih punya kakak dok ada.. Tapi Mal buatkan sweet colour for her. Ok la ni..

Untuk keychain nama, tak ada fiber di dalam.
Kat belakang keychain tu Mal lekat cute buttons untuk memeriahkan keychain ni.
Alphabet hp strap tu, saja cuba2. Mal guna printed felt. Siap pasang bell.
Depan polka dot blue, belakang corak love pink.

Ok, these 2 keychains ordered by her friends in MICET.
Nak keychain tulis PAPA and MAMA.
Nak bagi kat her parents kottt.. Mal tak tanya lebih lanjut pun :)
Dua2 keychain ni Mal isi fiber di dalam, as requested.

That's all from me.. :)
InsyaAllah esok baru nak pi pos. Moga selamat sampai ke pemiliknya.

Friday, April 15, 2011

Tempahan Khairiyah

Tempahan daripada ex-classmate Mal :) Cik Kerry Cute!
Beliau nak 1 pendrive case untuk diri sendiri.
Warna & corak ni beliau yang pilih. She's a pinky lover. Hihi..


Bawah ni pulak untuk kakaknya. Bertuah la kakak dapat adik sebaik ni. :)
Kerry nak casing yang boleh muat 5 biji pendrives. 
Mal pun tak sure nak buat macam mana.
So I've decided untuk buat sebesar handphone case. Hmm.. 
Ni pun masih ragu2 muat ke tak kelima2 tu.
Warna ni Kerry pilih tapi corak terpulang pada Mal.
Kerry suka baking cakes, so Mal pun buat design cupcake yang comel ni. Hihi.. :)


Casing biru ni Mal buat layer di dalam. Kukuh la sikit kan.
Lepas tu, Mal cuba jahit guna velcro. First time Mal cuba letak benda ni.. Hmm..
Tapi Mal prefer snap button kot lepas dah buat tu.
Oh ada lagi satu pembaharuan. Mal guna brads! Love & round brads~ Suka sangat!
Nampak kemas dan menambahkan kecomelan. Harga pun "comel" jugak. :p


Alhamdulillah Mal dah selamat pos semalam.
Moga2 selamat juga sampai kepada tuannya.


Hope you like them, Kerry! :)

Thursday, April 14, 2011

My First Hairclip


Tengok crafters lain buat, Mal pun rasa terpanggil nak buat.
Ni lah dia pin rambut pertama yang Mal jahit. *Teruja!* :p
Sonang yo nak buek rupa2nya. :) Mal tengok daripada online tutorial.
Saiz hairclip ni adalah 4.5 cm.
It's a simple one. Ada lagi yang sedang Mal siapkan.
InsyaAllah nanti boleh la order daripada Mal.
Nak beli ready-made pun boleh.

Tempahan Kawan Adik

Assalamualaikum :)

Hari Jumaat datang lagi. 
Hari yang menyaksikan berlakunya pelbagai peristiwa penting dalam Islam.
Juga menyaksikan pelbagai kemusnahan yang berlaku di abad ini.
Moga2 kita mengambil iktibar dan sama2 lipat gandakan amalan kita.


Orait. Mai tengok projek Mal minggu ni.
2 tempahan daripada kawan2 adik Mal di Melaka sana.
Pattern sama macam sample yang Mal pos dulu.
Mal tanya nak design lain tak, tapi adik Mal cakap depa nak sejibik yang tu.
Cuma warna ni depa yang requested. Saiznya ada slightly different.
1 untuk iPhone dan 1 lagi untuk Nokia E7.
Alhamdulillah dah pos semalam. Hopefully sampai hari ni atau lusa.

Saturday, April 9, 2011

Domo-Kun

Is it a monster? At the 1st place, sejujurnya Mal memang tak kenal karakter ni.
Pernah nampak pun masa blogwalking at the other crafters' blog.
So what I've done, Mal tanya pada Mr. Google.


Nak tau Domo-kun ni apa, bole tengok kat sini ok. 
Menurut web tu kaaan, 
"According to NHK, Domo-kun is recognized by 90% of Japanese schoolchildren".
Ooohoooooo fofular rupanya si Domo ni. I just know nothing here.. :p
Sorry, apa hal tetiba nak speaking2 neh.. Hihi. 
Kata nak martabatkan Bahasa Melayu di blog.

Kenapa Mal tetiba jahit this strange creature?
Ada seorang hamba Allah ni SMS. Mula2 nak order 1 jenis design untuk keychain.
Then Mal tanya nak yang tu saja ke? Tak nak design lain ke.
Sebabnya hamba Allah ni nak buat bulk order. So beliau tanya Mal tau ke Domo?
So I said, "yes" sebab pernah tengok. Ok la, lepas tu beliau cakap wait for her/his order.

  Dah 2 malam tunggu tak order2 then Mal texted beliau semula.
But no reply until now. Fine, thank you.
Si Domo ni Mal cuma cuba2 jahit 3 ekor. Saja2 :)

Nampak tak 1 pengajaran awal di situ? Got it?
Pengajarannya ialah jangan sesekali mulakan projek tempahan jahitan
sehinggalah mendapat bayaran DAHULU. Lebih2 lagi kalau yang cakap nak bulk order. 
Bahaya ya. Bahaya.
Yang ni ok lagi la, sebab beliau hanya tanya dan baru nak confirm order.
(Tapi kamu tanya banyak2 macam beriya nak order <<< 
No good ok. De-motivating a newbie like me.)

Hee.. Mal ok ja. Saja tulis ayat berbau emo sikit. Untuk peringatan sendiri.
Rezqi kita, Allah yang tentukan. So bersyukurlah dengan apa yang ada.
Dan enjoy our own life! :)

Jualan di MICET

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu semua :)
Hari ni Mal tak ke mana2 pun. Cuma stay di rumah, buat apa yang patut.

Kat bawah ni semua, keychain, hp straps & pendrive case
yang Mal pos ke adik Mal di MICET, Melaka.
Ada program Untukmu Wanita katanya. 
So boleh la ambil peluang nak buat jualan sikit2.

 Semua ni versi ready-made. Ada keychain & hp straps stok dulu2.
Mal masih kekalkan harga promosi. Bertuah la depa :)

 Ketiga2 item ni pulak Mal lekatkan magnet di belakang.
Terpulang la nak lekat pada notice board atau nanti balik kampung, letak kat fridge.
Kat kolej mana ada peti sejuk kan. :D

Latest project in April. Hanya keychain girl tu Mal tak sempat siapkan.
Biasalah.. Kekangan individu yang sedang sarat :D

Moga2 program tu mendapat sambutan. Lebih ramai orang hadir ke program tu,
maka lebih banyak potential customers untuk beli all those craft items.
*Sis, I'm waiting for your news~ Kot2 ada tempahan. :p

Friday, April 8, 2011

Mushroom

Assalamualaikum.
Selamat hari Jumaat (^_^)
Jumaat merupakan Sayyidul-ayyam atau dalam bahasa Melayunya
disebut sebagai penghulu segala hari.
Moga Allah permudahkan urusan kita pada hari yang penuh barokah ini.

New design yang ada di Kraf Malinja: Mushroom!
Diinspirasikan daripada mushroom yang ada dalam 
game Super Mario tu. Siapa pernah main angkat tangan?
Oh Mal sangat suka game tu. Tapi masa zaman kanak2 Ribena dula lah.

 Mal buat 4 warna saja dulu.
Nak jadikan keychain boleh. Nak sangkut di hp pun boleh.

Gambar ni Mal ambil masa pukul 12.30 malam ok. Huhu..
Lighting tak bagus. Plus dah tak larat nak menghadap benda2 ni.
There, you can see the shadow! :p

For those yang berminat dengan cute mushrooms ni,
nanti2 boleh la tempah daripada Mal ya. :)

Thursday, April 7, 2011

Baby Penguin

 Male & female baby penguins :)

Err.. Which one is male and which one is female?

Geram pulak tengok all those Baby Penguins.
Macam chomel je bila dah siap keempat2 ni.

Hihi.. Diorang ni kecik lagi ya. Sayap belum tumbuh.
Sesiapa nak order, nanti email ke Mal ok.
Boleh request warna lain seperti di colour code page.

Wednesday, April 6, 2011

Projek April 2011

Assalamualaikum.
Ini projek Mal untuk bulan April.
Ada few new designs yang Mal dah buat.
4 jenis saja. Cukup kot.
Ada penguin, muslimah cartoon, mario mushroom & domo-kun.
Dalam gambar tu Mal belum siap jahit lagi.
InsyaAllah nanti Mal upload hasil yang dah siap ok.
Ni ala2 teaser ja. Hee..
Nak tempah nanti tunggu bulan Julai ya.
Ada rezqi insyaAllah tak ke mana..

Yang ni pulak, saja nak buat tayangan.
Gambar sebelah kanan ni, tool box baru yang Mal beli.
Agak serabut nak letak sama2 barang lain
dalam tool box yang Mal beli awal2 dulu.
So beli lagi satu (yang lebih kecil)
dan letak buttons, wiggle eyes & brads bagai kat situ.
Lebih kemas!

Friday, April 1, 2011

Handphone Case

Alhamdulillah sukanyaaaaa!!!
Siap pun handphone case Mal ni.
Punya la lama dah mengidam nak buat,
petang semalam baruuu tertunai hajat tu. Rasa lega!
Tapi yang ni macam "ter"besar sikit untuk saiz hp Mal.
iPhone or BB muat la kot.
Haih.. Nak kena tukar hp nampak gayanya ni..
Boleh kot request kat En. Hubby sempena 
birthday Mal insyaAllah hujung bulan ni.

***************
Iklan :D Vote untuk Mal
untuk photo contest anjuran SUS n d FELT PRODUCT.
Klik di bawah ni ya. Terima kasih! :) 

Black Theme Pendrive Case


Dulu cuma cuba2 buat untuk diri sendiri, 
kali ni Mal buat ready-made pulak.
Ada 3 warna yang chomel ni saja.
Baby blue, baby pink & baby orange.
Sesiapa berminat, cepat2 order melalui
kraf.malinja@gmail.com atau SMS ke Mal.
Harga cuma RM3.50 setiap satu :)

Jom Shopping! :)