Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Thursday, August 11, 2011

ID Card Holder In The House

Assalamualaikum. Selamat petang semua.

Jom cuci2 mata sebelum berbuka puasa~ 
Maaf kualiti gambar cuma tahap hp cap itik. :p

4 keping ni, customer punya. :) Bukan untuk dijual.
Belum siap sepenuhnya lagi.
Tapi Mal dah teruja nak upload gambarnya.

4 keping ni untuk dijual. Nanti Mal nak tambah button kat tali.
Kalau nak book dulu pun boleh.

Harga: 

RM15/pc 
(untuk emblishment besar2 campur yang kecil seperti di atas)

RM13/pc
(untuk emblishment kecil2 sahaja)

RM10/pc
(without any emblishment)

**Harga termasuk tali tu jugak ya. Harap maklum.
**Penambahan plastik PERCUMA untuk 10 orang customer terawal 
yang menempah ID card holder ni.

Siapa nak, mai la order~ :)


------------------------------------------------------

ID card holder ni inspired by Kak Ja from JajaKraf~
FYI, 1st crafter yang buat card holder ni from felt: Kak Ja lah.
Kak Ja buat memang jauuuuh lebih cantik. (^_^) Otai tu!
Emblishment Kak Ja comel sangat! Paling Mal suka, tali card holder tu.
Siapa nak ribbon tali yang macam Kak Ja buat, 
sila order daripada beliau ok :)

------------------------------------------------------

Wednesday, August 10, 2011

Pos pos pos~

*********************************
Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%.

Kenaikan di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10% untuk caj pengendalian.

Kenaikan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada semua Pelanggan.

Walaupun industri kurier telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih lewat, iaitu pada 15 Julai 2011.

Terima kasih. 

*********************************
Assalamualaikum.

Kat atas tu adalah notis dari pihak Pos Malaysia. Kebanyakan crafters dah pun naikkan notis ni sejak 15 Julai lagi. Dan hari ni secara rasminya Mal nak umumkan caj baru pos di Kraf Malinja. (In fact, Mal dah pun gunakan new charge ni since that date).

Caj Pos Laju untuk tempahan di Kraf Malinja 
mulai 11 Ogos 2011:
RM6.50 untuk 500g pertama.

Mengenai Pos Ekspres pulak, dukacita dimaklumkan bahawa Mal terpaksa hentikan penghantaran pos melalui cara tersebut. Pihak Pos Malaysia dah ketatkan undang2 (dulu tak ketat, tu yang ramai je guna pos ekspres untuk hantar barang). Hanya dokumen atau surat sahaja yang dibenarkan untuk dipos menggunakan sampul Pos Ekspres.

So, buat masa ni Mal HANYA akan gunakan POS LAJU untuk tujuan penghantaran item2 daripada Kraf Malinja. Sekian, harap maklum~

Friday, August 5, 2011

ID Card Holder

Versi menegak.

Dah jadi milik adik Basyee,
pemenang Ramadhan GA Sesi Petang. Tahniah! :)

Versi melintang.

Dah jadi milik adik Siti Aishah,
pemenang Ramadhan GA Sesi Pagi. Tahniah! :)

ID card holder ni Mal buka untuk tempahan.
Harga bermula daripada RM10.00 untuk plain card holder.
Sila PM Mal untuk keterangan lanjut.

Signage For Hubby

Made with lots of LOVE~ (=^_^=)



Untuk Encik Suami tercinta.
Dah siap digantung kat cubicle beliau di pejabat.
Suka + terharu + teruja! :D

Stok Warna Felt

Assalamualaikum.

Di bawah ni Mal update warna2 kain felt yang Mal guna
untuk kerja-kerja kraf Mal.

Kod warna yang lama tu warnanya kurang memuaskan hati Mal.
So ni Mal dah edit bagi lawo2 ni.
InsyaAllah warna yang korang nampak kat situ adalah 98% seperi warna asal.




Apabila membuat tempahan, korang boleh pilih warna2 yang ada kat sini.
Sebutkan namanya. Senang saja.
Or else, nanti Mal yang pilih sendiri warna ikut suka suki Mal~:)

Ramadhan Give Away~

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, ID card holder versi Kraf Malinja dah siap. 
Yeayyyy!!! Mal buat 2 keping. Ok tak?



Lepas tuuu.. Mal rasa nak wat simple GA pada Jumaat ni InsyaAllah.
Hadiahnya? Tentulah ID card holder yang Mal baru buat ni. 
Nak tak??? Nak tak???

GA kali ni kena jawab hukum berkaitan puasa. 
Sesiapa pun boleh menang. 
Siapa cepat, dia dapat.
Best kan!

GA ni Mal buat di FB, bukan di blog macam dulu.
So, cepat2 add FB Kraf Malinja ok~ (^_^)

Wednesday, August 3, 2011

Tempahan Nisa'

 Terima kasih Nisa'

Keychain Nisa' ni adalah item pertama yang Mal cuba guna eyelet.
Baru beli last week dari Buttons4Crafts setelah sekian lama mencari.
Dan juga mengumpul duit. Kikiki..
Teruja ok! :p

4 brooch butang.

Nisa' dah pun terima parcelnya. Alhamdulillah.
Tapi ada button tercabut. :( Syukur Nisa' bole gam semula.
Sorry dear. Dah letak pada kadbod tu pun still leh tercabut jugak eh. 

Saja suka suki ambil gambar ni~ Hee..

Semua ni Mal pos kepada tuan masing2 pada hari yang sama.

Tempahan Basyee

Terima kasih Basyee :)

 Basyee order smiley keychain.
Keychain ni Mal jual murah2 sempena promosi Julai 2011.
Promotion dibuat di Facebook.

2 ekor baby penguin ni kawan Basyee yang order.

Semoga selamat tiba ke tangan tuan masing2~ :)

Tuesday, August 2, 2011

Sneak Peek~ ID Card Holder!

Assalamualaikum & Salam Ramadhan~

Dah solat fardhu belum? Dah solat tarawih belum?
Dah baca & tadabbur Al-Quran belum?
(^_^)

Alhamdulillah tiba2 tadi Mal dapat ilham
macam mana nak buat a better ID card holder. Hee..
Last week dah cuba buat dah dengan adik Mal.
Tapi hahaha.. Tak jadi. Terus masuk bakul sampah.

This time nampak agak memberansangkan.
Tapi belum siap sepenuhnya ya.
Just nak kongsi keterujaan dengan kawan2 yang follow blog ni.


Agak2 korang, macam mana lah rupa ID card holder tu bila siap nanti?
Hmmmmm.. Mal tetiba terfikir nak buat 2nd GA.
Just a simple one lah. Siapa cepat dia dapat. Eh tapi kat FB Kraf Malinja tau.
MUNGKIN Mal nak hadiahkan ID card holder ni ke.. :)

Sesiapa yang belum add, cepat2 add as friend ok!
Selamat berpesta ibadah!

Jom Shopping! :)