Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Wednesday, August 10, 2011

Pos pos pos~

*********************************
Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%.

Kenaikan di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10% untuk caj pengendalian.

Kenaikan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada semua Pelanggan.

Walaupun industri kurier telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih lewat, iaitu pada 15 Julai 2011.

Terima kasih. 

*********************************
Assalamualaikum.

Kat atas tu adalah notis dari pihak Pos Malaysia. Kebanyakan crafters dah pun naikkan notis ni sejak 15 Julai lagi. Dan hari ni secara rasminya Mal nak umumkan caj baru pos di Kraf Malinja. (In fact, Mal dah pun gunakan new charge ni since that date).

Caj Pos Laju untuk tempahan di Kraf Malinja 
mulai 11 Ogos 2011:
RM6.50 untuk 500g pertama.

Mengenai Pos Ekspres pulak, dukacita dimaklumkan bahawa Mal terpaksa hentikan penghantaran pos melalui cara tersebut. Pihak Pos Malaysia dah ketatkan undang2 (dulu tak ketat, tu yang ramai je guna pos ekspres untuk hantar barang). Hanya dokumen atau surat sahaja yang dibenarkan untuk dipos menggunakan sampul Pos Ekspres.

So, buat masa ni Mal HANYA akan gunakan POS LAJU untuk tujuan penghantaran item2 daripada Kraf Malinja. Sekian, harap maklum~

No comments:

Jom Shopping! :)