Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Thursday, December 29, 2011

Maal Hijrah Freebies! **UPDATED**

Cepat2, mai sertai FREEBIES ni!
Tinggal 3 hari saja lagi~


3 hadiah menarik menanti seorang pemenang paling bertuah.
Syarat2 penyertaan boleh rujuk dibawah ok :)

__________________________________________________________
Assalamualaikum. 
Salam Ma'al Hijrah 1433 buat semua.

Jom sertai FREEBIES ini~

Syarat-syaratnya mudah saja:

1) "LIKE" fan page Kraf Malinja (002063398-P) 

2) Tinggalkan apa2 komen yang bersesuaian di album 


Pemilihan SEORANG pemenang akan dilakukan secara rawak.
Sesiapa saja boleh menang. (^_^)

Hadiah yang menanti 
PEMENANG PALING BERTUAH :)

 Sebuah diari 2012

Felt Craft: Pack For Beginner Vol 2

dan..
HADIAH MISTERI!!!

Freebies ini berlangsung dari 27 November 2011 - 31 Disember 2011
InsyaAllah Mal akan umumkan pemenang pada 1 Januari 2012

Terima kasih~

Tuesday, December 6, 2011

Cubaan Menjahit Bantal Hiasan! :)

Kali pertama jahit bantal. Buat yang simple2 dulu. 
Harga pun bagi murah2 sebab kerisauan apa yang bakal terjadi pada rupa paras pillow ni. 
Eh, yang sebenarnya Mal memang jenis yang simple. 
So kalau perasan, design untuk felt craft yang Mal buat, semuanya memang simple.


Saiz A4 ya kawan2. Material yang digunakan 100% berasaskan felt.
InsyaAllah next project Mal nak guna flannel pulak.


Close up. Tapi tak nampak jahitan Mal tu. Setiap satu huruf & gambar ni Mal jahit tau.
Bukan gam macam tu je.


 Bab mengambil mengambil gambar ni yang den lomah sikit. 
Pulak tu time tu nak cepat, sebab nak keluar pi kenduri. Huu.. 
Kualiti gambar kurang memuaskan. 
InsyaAllah next time Mal ambil gambar molek2 sikit.

Bantak hiasan ni Mal buka untuk tempahan ok
PM if interested.
kraf.malinja@gmail.com atau boleh PM di FB inbox

Sunday, December 4, 2011

Keychain Untuk Mama

First time buat keychain untuk kegunaan sendiri :p
Sebelum ni asyik jahit untuk customers je.



Comel kan alphabet buttons tu. Seriously I love them all!
Mal beli dari Tamu Jaja Kraf.

Keychain kosong tu RM3.00.
Setiap satu huruf/nombor = RM0.70
So contoh untuk keychain di atas ni:
RM3.00 + (RM0.70 x 4) = RM5.80

PM if interested~ :)
kraf.malinja@gmail.com

Happy weekend!

Saturday, December 3, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Felt Craft: Pack For Beginner Vol 2


Felt Craft: Pack For Beginner Vol 2
Available: 5 packs

Price: ONLY RM25
FREE postage
FREE 3 cardboard templates
FREE printed alphabet template

kraf.malinja@gmail.com

Tuesday, November 15, 2011

Bulk Order: Lia~

Assalamualaikum :)

Terima kasih Cikgu Lia kerana sudi menempah buat kali ketiga :)
But sorry sangat2 lambat sikit dari tarikh yang dijanjikan.
Waktu tu kena food poisoning~ :(

But Alhamdulillah dah berjaya siapkan.
Lega ok!






Gambar kat atas ni semua sebelum Mal letakkan keychain.





Hopefully awak suka :)

Bagi yang berminat nak tempah jugak, bolehlah hubungi Mal di:
kraf.malinja@gmail.com

Thursday, November 10, 2011

11.11.11

Jumaat 11.11.11

Pada hari ini, 
Mal telah mengubah layout blog Mal SEKALI LAGI.

Pada hari ini juga,
Mal nak habaq bahawasanya..
 Nama sebenar Mal bukanlah MALINJA (>.<) seperti yang disangka kebanyakan orang.
Tapi... Heee.. Sila lihat di sebelah atas-kiri blog ini. :p

Sekian, harap maklum.

(^_^)

Monday, November 7, 2011

Baru! Mounted Keychain~ :)

Assalamualaikum semua. 
Selamat Hari Raya Aidil Adha~ (^_^)

Ada buat qurban tak? Besar sebenarnya kelebihan melaksanakan qurban ni.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: 
“Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada hari kiamat."

So bila lagi banyak kita buat qurban (contoh: setiap tahun jika mampu), maka di "sana" nanti
insyaAllah akan banyaklah kenderaan tunggangan kita.
Bila ada banyak kenderaan tunggangan, lebih cepat la kita dapat melalui Titian Siratil-Mustaqim.
Wallahua'lam. Itu yang Mal dapat daripada satu kuliah yang Mal pernah hadir.
Kalau salah, mohon dibetulkan ya.

Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkad
 iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim 
yang merdeka, berakal, baligh serta berkemampuan melakukannya 
sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Untuk crafters yang ada rezqi lebih2 tu, jom lah kita laksanakan ibadah qurban ni.
Tak dapat buat tahun ni, kita tanamkan azam & simpan duit hasil keuntungan tu sikit2,
dan berdoalah moga tahun depan andai panjang umur, 
Allah beri kita kelapangan untuk buat qurban ni. InsyaAllah boleh! Jia you jia you!!!

Ok sekian. Sedikit tazkirah daripada "Ustazah" Mal :)

Orait. Nak cerita pasal new product from Kraf Malinja.
Mounted keychain namanya. At first Mal pun tak tau nak namakan apa jenis keychain ni.
Nama ni Mal rujuk kat Kak Jaja daripada Jaja Kraf ya. Ada tutorial Kak Ja jual.
Tapi Mal tak beli pun. Cuma cuba2 buat sendiri.
Juga hasil nasihat daripada owner KiutMiutKraf. :)
Terima kasih!

Pandangan hadapan.

Pandangan belakang.

Adik Mal yang mintak buatkan keychain jenis ni.
Nak bagi kat bestfriend katanya.
Dalam keychain ni tak ada fiber. Tapi Mal letak kadbod.
Cool jugak keychain jenis ni. Personally, Mal memang suka! :)



Harapnya Adik Dayah ni suka lah ya. Akak jahit 1 malam je ni.
Moon "paksa" :p Malam2 raya pulak tu jahitnya. Hee..

Berminat? Ada sebarang pertanyaan?
Boleh hantarkan tempahan ke kraf.malinja@gmail.com

Friday, November 4, 2011

Tempahan Hana

Terima kasih Puan Hana~ (^_^)v




Mai ambil kat rumah lekaihhh.. :p

**********************************************************
Suka deko-deko rumah tak? 
Jom ziarah cuci-cuci mata di blog Ezyone SHOP, milik Puan Hana.
Beliau menjual pelbagai aksesori hiasan rumah yang saaaangat comel!
Facebook Ezyone SHOP pun ada ok :)

Geram nak beli DIY wall sticker clock. Tapi sekarang masih menyewa.
Hasrat terpendam. Huuu..

**********************************************************

Monday, October 31, 2011

Tempahan Atikah

Syukron jazilan ya Ustazah Teacher Atikah! ;)
Moga enti menyukainya~ (^_^)











"Sepotong buah kiwi" tu ana hadiahkan khas untuk enti~ :)

Felt Untuk Dijual Murah2


Assalamualaikum. 
Ada sesiapa nak beli pek polyfelt ni? Ada 6 warna kesemuanya. 
Setiap 1 warna berukuran 1/2 meter. Warna boleh rujuk pada gambar ya.

HANYA RM40.00 untuk kesemua 6 keping polyfelt 1/2 meter termasuk kos pos laju. 
Sekiranya berminat, boleh PM ke inbox Mal ok. 
Atau hantakan email ke kraf.malinja@gmail.com

Terima kasih :)

Wednesday, October 26, 2011

Felt Craft: Pack For Beginner! (^_^)


Assalamualaikum. 
Di celah2 kesibukan menyiapkan tempahan customer, 
Mal sempat buat pack for beginner ni.

Hanya RM35 termasuk kos pos laju.
Edisi terhad. Hanya ada 5 pek.

Warna polyester felt: Seperti dalam gambar.
Warna, corak & bentuk buttons, woodstick, ribbons, bell: Random.

4 SOLD.
1 AVAILABLE.

kraf.malinja@gmail.com

Wednesday, October 12, 2011

***C.U.T.I***

Assalamualaikum. 

Pengumuman 
CUTI: 12 - 23 Oktober 2011. 

Segala SMS/email untuk sebarang tempahan/pertanyaan, insyaAllah akan tetap dibalas.
(Mal prefer email). Cumanya MAAF sekiranya lambat sikit ya. 

Harap maklum. Terima kasih~ (^_^)

*Tempahan customer bulan ni insyaAllah Mal tetap akan siapkan dan pos ke pintu rumah anda. 
Don't worry. Ni Mal pi bercuti balik kampung bawak peralatan menjahit bagai ni.. 
Penuh kereta ok! :p

Tuesday, October 11, 2011

Tempahan Hyatt


Terima kasih Yat! :)

Puan Hayati adalah pemilik butik Zeaty Collection.
Dulu jualan dibuat secara online. Sekarang ni dah ada butik sendiri. 
Hebat! Muda2 dah ada business besar.

Tahniah!!! (^_^)

Nama di ID card holder Mal gunakan alphabet buttons.
Siapa nak macam tu, boleh request. 
Harga setiap 1 button huruf RM0.60. Warna random.

Sunday, October 9, 2011

5 Warna Baru Poly Felt


1 = Soft Cream
2 = Sweet Blue
3 = Leaf Green
4 = Maroon
5 = Soft Peach

Warna2 lain yang boleh anda pilih semasa menempah barang kraf,
boleh rujuk di sini. :)

*Mal tak jual poly felt ya (buat masa ni.. hee)*

Stok Poly Felt Dah Sampai!


Assalamualaikum. Happy weekend semua!

Good news!!!
Mal baruuu jer dapat kain2 polyfelt ni daripada Kak Kema, MsCraft Shoppe. :)
Thanks kak! Suka suka! Hee..

Alhamdulillah. Boleh lah Mal menjahit macam biasa.
Banyak stok warna dah habis. Kerja tergendala sekejap last week.

Ada 5 warna baru. 
InsyaAllah malam nanti Mal upload warna2nya ya.
Nak pi dating dengan Encik Hubby & baby kat tasik sat.

Ilalliqa'~

Wednesday, October 5, 2011

NEW Kraf Malinja Fan Page

Assalamualaikum. 

PENGUMUMAN!!! (^_^)

Fan page Kraf Malinja yang lama "terpaksa" ditutup.
Tapi Mal dah create new page ya. So mai la pakat2 "LIKE" naaa~ :)

Sila klik link di bawah:

Terima kasih~

Tuesday, October 4, 2011

Clearance! ID Card Holder~


Assalamualaikum. 
Mal nak "clear" kan ready-made ID card holder ni.
Warna putih dah dibeli.
So ada 3 warna lagi; purple, pink & grey.

Harga: RM12 setiap satu.
Beli semua ketiga2 ID card holder ni, RM33.00.
Status: ALL SOLD~

Nak beli? Emailkan ke kraf.malinja@gmail.com
Atau SMS Mal 0192281924

Terima kasih~ :)

Saturday, October 1, 2011

Baru! Penanda Buku Comel~

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.
Mai cuci2 mata tengok produk baru Kraf Malinja! (^_^)

 Ada 3 jenis penanda buku yang Mal baru buat. 
Semuanya comel2 belaka. :)
Di bawah ni adalah contoh2 saja ya. 
Mal boleh customize ikut kehendak tempahan anda.

Kod: BM01
Harga: RM4.00/pc

Deskripsi:
Hiasan daripada felt dilekat di atas woodstick.
Design boleh pilih sendiri.
Saiz woodstick: +/- 15cm x 1.9cm
Woodstick dibalut dengan felt kemudian dijahit di sekeliling.
Boleh request nak lekat/jahit nama atau kata2/ucapan, tapi harga berbeza.

Inspired by my friend; Huda~ :) Thanks Huda..

Kod: BM02
Harga: RM2.00/pc

Deskripsi:
Hiasan daripada felt dilekat di atas woodstick berwarna-warni.
Design boleh pilih sendiri.
Saiz woodstick: +/- 15cm x 1.9cm
Boleh request nak lekat/tulis nama atau kata2/ucapan, tapi harga berbeza.


 Kod: BM03
Harga: RM1.50/pc

Deskripsi:
Hiasan daripada felt dilekat di atas woodstick berwarna-warni.
Design boleh pilih sendiri.
Saiz woodstick: +/- 11.3cm x 1cm
Boleh request nak lekat/tulis nama atau kata2/ucapan, tapi harga berbeza.

Berminat? Emelkan ke kraf.malinja@gmail.com
Atau SMS Mal 0192281924

Jom Shopping! :)