Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Showing posts with label hp case. Show all posts
Showing posts with label hp case. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Tempahan Lia

Assalamualaikum.

Tempahan dari Lia. Baruuu je jap tadi bagi ke Lia. :D
Lia datang ambil di rumah Mal.

Lia bagi pilihan, sama ada Mal buat gambar Pooh atau Hello Kitty.
Mal pilih kucing chomel ni :)

 First attempt.

Ok jugak kan? Walaupun tak 100% rupa Hello Kitty sebenar.


Ada 2 layers ya.

Tulisan di belakang casing.

Keychain nama ni untuk diapers bag. :)

 Dan Lia juga ordered seekor baby penguin.
Mal rasa Lia ni pinky lover kot.. Macam Mal :p

Seriously Mal suka tengok gambar ni.
Of course sebab ada warna pink! :D

Ramadhan Kareem everyone! (^_^)

Thursday, July 14, 2011

Tempahan Min

 Assalamualaikum dan salam ceria :)

Tempahan jauh dari negeri Che' Siti Wan Kembang~

Min order handphone case, nak gambar cupcakes macam ni.

Sebelum ni Mal dah pernah buat cupcakes.
Tapi ni ubah la sikit warnanya.

Buat topping perisa orange pulak :)

Min jugak order hp charm gambarcupcakes.
 
Mal pilih warna yang sama.
Cuma hiasan atas topping tu berbeza.


 Terima kasih Min :)

Saturday, April 23, 2011

Tempahan Student MICET

Assalamualaikum :) Dah tengok teaser yang sebelum ni?
Ok, ni lah projek yang Mal kerjakan tu. Adik Mal tiba2 tambah order.
Memandangkan Mal rasa Mal boleh lagi sikiiiiiitttt nak jahit2 ni, so Mal terima lah.
Kawan kolej adik Mal yang order ni.

Adik manis ni nak handphone case warna biru dan ada seekor bear.
Mula2 Mal ingat nak buat bahagian kepala saja.
Tapi bila tanya balik, adik manis ni nak full body.
Maka Mal kena buat homework la sikit, google gambar2 teddy bear.
Alhamdulillah Mal rasa yang ni the best yang Mal boleh jahit. :)
Belakangnya kosong ja. Mal buat double layer.

Selain tu, adik manis ni nak 2 pendrive case. Tema merah hitam dan hijau hitam.
Design tak ditetapkan, so Mal buat la 1 flower dan 1 lagi star.
Item lagi satu tu apa? Yang ada tulis AKAK tu? :)
Ni fridge magnet. Mal isi fiber sikit kat dalam tu supaya nampak gebu. Hee..

 Alhamdulillah selesai tempahan terakhir sebelum bersalin. 
Terima kasih adik manis ya.. Next time order lah lagi.
Moga2 awak gembira dengan hasil kraf preggy mom ni (^_^)

****************
Mal harus melupakan hasrat untuk buat apa2 kraf sempena Hari Ibu & Hari Guru.. 

Friday, April 15, 2011

Tempahan Khairiyah

Tempahan daripada ex-classmate Mal :) Cik Kerry Cute!
Beliau nak 1 pendrive case untuk diri sendiri.
Warna & corak ni beliau yang pilih. She's a pinky lover. Hihi..


Bawah ni pulak untuk kakaknya. Bertuah la kakak dapat adik sebaik ni. :)
Kerry nak casing yang boleh muat 5 biji pendrives. 
Mal pun tak sure nak buat macam mana.
So I've decided untuk buat sebesar handphone case. Hmm.. 
Ni pun masih ragu2 muat ke tak kelima2 tu.
Warna ni Kerry pilih tapi corak terpulang pada Mal.
Kerry suka baking cakes, so Mal pun buat design cupcake yang comel ni. Hihi.. :)


Casing biru ni Mal buat layer di dalam. Kukuh la sikit kan.
Lepas tu, Mal cuba jahit guna velcro. First time Mal cuba letak benda ni.. Hmm..
Tapi Mal prefer snap button kot lepas dah buat tu.
Oh ada lagi satu pembaharuan. Mal guna brads! Love & round brads~ Suka sangat!
Nampak kemas dan menambahkan kecomelan. Harga pun "comel" jugak. :p


Alhamdulillah Mal dah selamat pos semalam.
Moga2 selamat juga sampai kepada tuannya.


Hope you like them, Kerry! :)

Thursday, April 14, 2011

Tempahan Kawan Adik

Assalamualaikum :)

Hari Jumaat datang lagi. 
Hari yang menyaksikan berlakunya pelbagai peristiwa penting dalam Islam.
Juga menyaksikan pelbagai kemusnahan yang berlaku di abad ini.
Moga2 kita mengambil iktibar dan sama2 lipat gandakan amalan kita.


Orait. Mai tengok projek Mal minggu ni.
2 tempahan daripada kawan2 adik Mal di Melaka sana.
Pattern sama macam sample yang Mal pos dulu.
Mal tanya nak design lain tak, tapi adik Mal cakap depa nak sejibik yang tu.
Cuma warna ni depa yang requested. Saiznya ada slightly different.
1 untuk iPhone dan 1 lagi untuk Nokia E7.
Alhamdulillah dah pos semalam. Hopefully sampai hari ni atau lusa.

Friday, April 1, 2011

Handphone Case

Alhamdulillah sukanyaaaaa!!!
Siap pun handphone case Mal ni.
Punya la lama dah mengidam nak buat,
petang semalam baruuu tertunai hajat tu. Rasa lega!
Tapi yang ni macam "ter"besar sikit untuk saiz hp Mal.
iPhone or BB muat la kot.
Haih.. Nak kena tukar hp nampak gayanya ni..
Boleh kot request kat En. Hubby sempena 
birthday Mal insyaAllah hujung bulan ni.

***************
Iklan :D Vote untuk Mal
untuk photo contest anjuran SUS n d FELT PRODUCT.
Klik di bawah ni ya. Terima kasih! :) 

Jom Shopping! :)