Assalamualaikum semua.
Selamat Hari Raya Aidil Adha~ (^_^)
Ada buat qurban tak? Besar sebenarnya kelebihan melaksanakan qurban ni.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada hari kiamat."
So bila lagi banyak kita buat qurban (contoh: setiap tahun jika mampu), maka di "sana" nanti
insyaAllah akan banyaklah kenderaan tunggangan kita.
Bila ada banyak kenderaan tunggangan, lebih cepat la kita dapat melalui Titian Siratil-Mustaqim.
Wallahua'lam. Itu yang Mal dapat daripada satu kuliah yang Mal pernah hadir.
Kalau salah, mohon dibetulkan ya.
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkad
iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim
yang merdeka, berakal, baligh serta berkemampuan melakukannya
sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Untuk crafters yang ada rezqi lebih2 tu, jom lah kita laksanakan ibadah qurban ni.
Tak dapat buat tahun ni, kita tanamkan azam & simpan duit hasil keuntungan tu sikit2,
dan berdoalah moga tahun depan andai panjang umur,
Allah beri kita kelapangan untuk buat qurban ni. InsyaAllah boleh! Jia you jia you!!!
Ok sekian. Sedikit tazkirah daripada "Ustazah" Mal :)
Orait. Nak cerita pasal new product from Kraf Malinja.
Mounted keychain namanya. At first Mal pun tak tau nak namakan apa jenis keychain ni.
Nama ni Mal rujuk kat Kak Jaja daripada Jaja Kraf ya. Ada tutorial Kak Ja jual.
Tapi Mal tak beli pun. Cuma cuba2 buat sendiri.
Juga hasil nasihat daripada owner KiutMiutKraf. :)
Terima kasih!
Pandangan hadapan.
Pandangan belakang.
Adik Mal yang mintak buatkan keychain jenis ni.
Nak bagi kat bestfriend katanya.
Dalam keychain ni tak ada fiber. Tapi Mal letak kadbod.
Cool jugak keychain jenis ni. Personally, Mal memang suka! :)
Harapnya Adik Dayah ni suka lah ya. Akak jahit 1 malam je ni.
Moon "paksa" :p Malam2 raya pulak tu jahitnya. Hee..
Berminat? Ada sebarang pertanyaan?
Boleh hantarkan tempahan ke kraf.malinja@gmail.com
No comments:
Post a Comment